Make your own free website on Tripod.com
 

 
Beberapa perkara harus dilakukan

DALAM menjalankan ibadat puasa ada antara kita yang ragu-ragu melakukan perkara tertentu kerana dikhuatiri puasanya akan terbatal.

Walaupun sudah masuk hari ke-12 puasa, elok juga jika perhatikan antara perkara yang harus ketika berpuasa.
•  Menjirus kepala.

Perkara ini ada dalam hadis yang mengharuskan orang berpuasa berbuat demikian. 

Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Abu Bakar bin Abdul Rahman, yang mana sesetengah sahabat Nabi Muhammad saw menceritakan kepadanya bahawa mereka berkata: “Sesungguhnya aku telah melihat Rasulullah menjirus air ke atas kepalanya dan Baginda berpuasa.” (Hadis riwayat Ahmad, Malik dan Abu Daud).
•  Menitikkan sesuatu ke dalam mata sama ada rasanya boleh dirasai pada halkum atau tidak.

Perkara ini kerana mata, bukan lubang rongga yang berhubung dengan halkum.

Pendapat ini yang dipegang dalam mahzab Syafie dan Ibn Munzir menghikayatkan pendapat yang sama daripada Abu Hanifah, Ata’,Hassan, Al-Nakhaie serta Al-Auzai’e. Inilah juga pendapat Daud Al-Zaahiri.
•  Harus juga orang yang berpuasa mengakhirkan mandi junub hingga selepas terbit fajar. 

Begitu juga kepada wanita yang datang haid dan nifas adalah harus dilewatkan mandi wajib hingga selepas terbit fajar walaupun darahnya berhenti pada malam hari.
•  Ulama mazhab Syafie berpendapat jika seseorang berhajat untuk merasai makanan seperti untuk diberikan kepada anaknya yang kecil, makan harus dilakukan kerana dharuriah.

Kata Iman Ahmad bin Hanbal : “Aku lebih suka jika dapat dihindari daripada merasai makanan, tetapi jika dilakukan maka tidaklah mengapa.”
 


 

::Balik::

 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004