Make your own free website on Tripod.com
.

 
Soal Jawab Agama:
Bersama Ustaz Najmuddin Elyas

SOALAN: Apakah hukum bersahur?
Jawapan: Hukumnya sunat.

SOALAN: Adakah sah berpuasa dengan tidak berbuka?
JAWAPAN: Sah puasa

SOALAN: Seorang yang uzur tidak dapat berpuasa hingga ke tahun berikutnya. Adakah wajib fidyah ke atasnya kerana terlewat qada?
JAWAPAN: Tidak wajib fidyah ke atasnya tetapi wajib qada ke atasnya.

SOALAN: Adakah pahala membaca Al-Quran dan bersedekah pada Ramadan berganda daripada bulan lain?
JAWAPAN: Pahala membaca al-Quran dan bersedekah pada Ramadan adalah berganda.

SOALAN: Bolehkah isteri membayar fidyah puasa suami yang telah meninggal dunia?
JAWAPAN: Harus isteri membayar fidyah puasa suaminya yang telah meninggal, tetapi yang lebih utama berbuat demikian ialah anak-anak kerana mereka yang menerima asabah daripada pusakanya. Perkara ini berpandu kepada Imam as-Subki yang memfidyahkan puasa keluarganya yang meninggal dunia.

SOALAN: Hukum puasa orang yang terkentut dalam air?
JAWAPAN: Puasanya sah kerana terkentut dalam air tidak membatalkan puasa.

SOALAN: Apakah hukum perempuan hamil berbuka puasa kerana takut menjejaskan kesihatan kandungannya?
JAWAPAN : Hukumnya harus.

SOALAN: Apakah hukum meninggalkan puasa kerana bersalin?
JAWAPAN: Hukumnya wajib, jika perempuan yang bersalin itu ada darah nifas. Dia juga wajib qada puasa pada bulan lain. 

Tetapi, sekiranya perempuan yang bersalin itu tiada darah nifas, maka harus dia meninggalkan puasa kerana menjaga kesihatannya dan wajib qada pada bulan lain.

SOALAN: Bolehkah fidyah puasa dibuat jamuan kepada fakir miskin?
JAWAPAN: Tidak boleh fidyah puasa dengan duit. Mengikut Mazhab Shafie fidyah puasa hendaklah dengan dikeluarkan beras secupak pada satu puasa dan tidak boleh ditukarkan kepada yang lain. 

Oleh itu, hendaklah diberi beras, jangan ditukar kepada yang lain atau makanan supaya hak orang miskin ini tidak dapat diguna oleh orang yang tidak berhak.

SOALAN: Adakah boleh saya bagi fidyah puasa kepada satu orang?
JAWAPAN: Boleh.

SOALAN: Ibu saya meninggal dunia pada hari ke-10 Ramadan kerana sakit dan tidak dapat puasa. Apakah hukumnya?
JAWAPAN: Tidak dikenakan apa-apa fidyah kerana dengan sebab tidak ada masa untuk dirinya mengqadakan puasanya.

SOALAN: Adakah fidyah puasa boleh diberi kepada anak yatim?
JAWAPAN: Tidak boleh diberi kepada anak yatim. Yang berhak menerima fidyah puasa ialah fakir miskin.

SOALAN: Apakah hukum orang yang berpuasa dan makan kerana terlupa?
JAWAPAN: Sah puasanya kerana makan dengan tidak sengaja.
 
 

Sumber berita harian 16/10/2004

http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Friday/Agama/20041014224846/Article/

 


 

::Balik::

 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004