Make your own free website on Tripod.com
 

 
101.Solat jamak ketika pulang

Sembahyang jamak dan qasar dibenarkan untuk mereka yang dalam perjalanan melebihi dua marhalah dan ia terbatal sebaik tiba ke tempat asal. Dalam perjalanan balik ke tempat asal, bolehkah seseorang itu mendirikan sembahyang jamak dan qasar jika perjalanan itu dimulakan selepas Zohor. Bolehkah dia jamak dan qasar sembahyang Zohor dan Asar sebelum memulakan perjalanan?
 

Zam,
Kota Bharu

JAWAPAN
Dalam perjalanan pulang seseorang itu boleh melakukan solat jamak dan qasar kerana dia masih musafir selagi tidak masuk ke dalam kawasan qariahnya.

Jika perjalanan selepas Zohor, dia hanya boleh qasar untuk solat Asar bila sudah keluar qaryah tetapi solat Zohor kena tamam atau penuh seperti biasa, kecuali jika dia tinggal kurang daripada tiga hari di tempat itu.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004