102.Ibu marah suruh solat

IBU saya tidak pernah menunaikan sembahyang. Saya pernah menegurnya serta menghadiahkan kepadanya sepasang telekung.

Namun, dia menganggap saya menyindirnya, menyebabkan kami bertengkar dan tidak bertegur sapa hingga ke hari ini.

Saya ingin memohon ampun, tetapi ibu berkata dia tidak akan ampunkan saya hingga akhir hayatnya.

Adakah perbuatan saya menegur ibu saya salah? Apakah hukum perbuatan saya?

AISHAH
Marang, Terengganu

JAWAPAN
Menjadi tanggungjawab anak untuk menegur ibu yang lalai menunaikan solat kerana bimbang dimurkai Allah, walaupun tindakan itu dianggap menyindir.

Jangan terlalu risau dengan ucapan ibu yang tidak mahu mengampunkan dosa anak kerana ucapan itu lahir daripada rasa marah dan malu.

Apa yang perlu saudari lakukan adalah terus mendekatinya dengan baik. Elakkan menegur ibu di depan anak-anak lain, sebaliknya bercakaplah secara lemah lembut ketika bersendirian dengannya.

Mudah-mudahan hatinya akan lembut dan terbuka. Berserahlah kepada Allah s.w.t sama ada ibu mahu mengampunkan dosa saudari atau tidak.
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004