Make your own free website on Tripod.com
 

 
103.Tinggal suami cari kerja

SAYA adalah pekerja asing dan sudah bersuami. Malangnya, suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya menyara keluara dan kehidupan kami sangat susah.

Adakah saya berdosa meninggalkan suami untuk bekerja di sini, selain mencari jalan supaya dapat berjauhan dengannya?

Kini, dia sering mengancam hendak menceraikan saya, tetapi saya tidak kisah kerana perceraian bagi saya adalah lebih baik daripada menanggung lelaki yang tidak berguna.

Adakah tindakan saya berdosa?

SU
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Meninggalkan suami adalah berdosa jika tanpa izinnya. Bagaimanapun, dalam hal memelihara diri daripada kelaparan juga adalah satu tuntutan dalam Islam.

Apa yang perlu dilakukan sekarang adalah membetulkan niat puan dulu yang datang ke negara ini untuk bekerja.

Jika suami mengancam hendak menceraikan dan puan sendiri reda dengan 
keputusan itu, mungkin ada hikmah di sebaliknya.

Banyakkan berdoa dan minta petunjuk dari Allah.
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004