105.Termakan daging haram

SAYA tinggal bersama rakan serumah bukan Islam dan kami sering makan bersama.

Masalah saya ialah saya pernah termakan daging babi (yang dibeli rakan 
serumah) dan hanya diberitahu hal ini selepas selesai makan.

Saya pernah bertanya ustazah di tempat kerja, katanya najis itu hanya akan hilang dari badan selepas 40 hari.

Adakah ini benar? Apakah yang harus saya lakukan untuk menghilangkan najis itu dari tubuh saya?

ROHA
Johor Bahru

JAWAPAN
Orang yang tinggal serumah dengan bukan Islam mesti lebih berhati-hati dalam soal makanan kerana makanan halal akan membentuk akhlak yang baik.

Apabila ‘termakan’ makanan yang haram, sebenarnya tiada cara untuk menghilangkannya dari badan, melainkan banyakkan bertaubat kepada Allah atas kelalaian itu.

Berusahalah supaya kejadian sama tidak berulang dan pastikan anda tidak makan makanan yang tidak sahih sumbernya.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004