Make your own free website on Tripod.com
 

 
106.Ibu suka maki hamun

IBU saya suka memaki hamun kami adik beradik, walaupun di depan saudara mara dan jiran tetangga.

Semakin tua, sikap pemarahnya makin menjadi-jadi dan pantang baginya jika anak-anak memberikan pendapat kami. Ini menyebabkan kami berasa malu. 

Kadangkala saya pernah bertanya kepada diri sendiri, mengapa saya mempunyai ibu sebegitu? Adakah saya berdosa kerana berfikiran sedemikian? 
Apakah yang harus saya lakukan untuk melembutkan hati ibu?

Rina,
Kota Tinggi, Johor

JAWAPAN
Jika memang sudah ditakdirkan ibu berperangai demikian, sebagai anak hendaklah kita menerimanya dengan sabar kerana bukan senang untuk mengubah perangai seseorang.

Allah menghantar ibu yang begitu untuk menguji kesabaran anak-anak. Jika dia marah, biarkanlah saja dan elakkan sama sekali daripada menimbulkan suasana yang boleh menyebabkan dia marah. Itu lebih baik dari bertengkar dengannya dan menyesali keadaan.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004