Make your own free website on Tripod.com
 

 
108.Doa panjang umur digalakkan Islam

BOLEHKAH kita menyebut ‘semoga panjang umur’ yang menjadi ungkapan biasa, terutama ketika menyambut hari kelahiran? Sedangkan umur seseorang itu ditetapkan Allah dan tidak dipanjang atau dipendekkan? Bagaimana pula dengan doa meminta Allah memanjangkan umur seseorang seperti ibu bapa?

Ingin Tahu,
Butterworth

JAWAPAN
Memang kita boleh dan digalakkan berdoa supaya panjang umur. Maksud sebenar panjang umur bukan pada jumlah usia, tapi dipanjangkan Allah akan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang dalam sepanjang hayatnya.

Umur kita memang ditentukan Allah, tetapi sebagai manusia, kita tidak tahu sepanjang mana hayat kita dan dituntut meminta kebaikan daripada usia kita daripada Allah.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004