109.Hajat arwah tunai haji

KETIKA ayah saya meninggal dunia, dia tidak meninggalkan wang, kecuali sedikit tanah. Sebelum meninggal, dia selalu berhajat untuk menunaikan haji, tetapi tidak mampu. Adakah wajib kami menjual tanah berkenaan bagi mengupah orang menunaikan haji untuknya?

Zam,
Raub, Pahang

JAWAPAN
Tanah yang ditinggalkan arwah ayah sudah menjadi pusaka dan hak pewaris (termasuk isteri dan anak-anak) untuk menentukan apa yang perlu dilakukan ke atas tanah berkenaan.

Tidak wajib menunaikan haji untuknya. Bagaimanapun, jika anak-anak bersetuju untuk berbuat demikian, sesungguhnya mereka melakukan kebaikan dan jasa yang besar kepada ayah kerana selain dapat menunaikan hajatnya, ia secara tidak langsung dapat menyempurnakan rukun Islam beliau.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004