111.Sedekah perlu dengan yakin

SEKARANG ada banyak saluran yang membolehkan umat Islam di negara ini bersedekah.

Masalahnya, saya sering berasa was-was apabila mahu bersedekah menggunakan saluran seperti panggilan telefon dan sistem pesanan ringkas (SMS) kerana tidak yakin wang itu akan sampai sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan. Adakah sedekah begini (dengan perasaan was-was) diterima Allah?

SHAH
Melaka

JAWAPAN
Sedekah atau apa saja amalan kebaikan dan ibadat-ibadat lain mesti dilaksanakan dengan yakin.

Jika dilaksanakan dengan was-was, bererti amalan itu kurang sempurna.

Nabi bersabda yang maksudnya “Tinggalkan yang ragu-ragu dan buatlah yang yakin tidak meragukan.” Oleh itu, carilah saluran sedekah yang lebih 
diyakini supaya amalan itu diberkati Allah.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004