113.Hikmah edah untuk wanita

MENGAPAKAH tempoh edah bagi wanita yang bercerai tidak sama dengan edah wanita yang kematian suami (empat bulan 10 hari)? Adakah ia mempunyai alasan tertentu?

ANISYA
Kuala Lumpur

JAWAPAN
Edah disyariatkan dalam Islam kerana mempunyai hikmah tertentu.

Edah bercerai iaitu selama tiga bulan adalah untuk memastikan rahim wanita itu tidak mengandungkan anak bekas suaminya.

Manakala edah lepas kematian bukan saja untuk memastikan rahim suci, tapi juga sebagai berkabung tanda kesedihan atas kematian suami.
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004