Make your own free website on Tripod.com
 

 
115.Restu ibu bapa penting

SAYA mencintai seorang pemuda dan hubungan kami tidak disenangi orang tua saya tanpa sebarang alasan. Ibu juga pernah memberikan kata dua - jika saya tetap memilih pemuda itu, hubungan antara anak dan ibu akan terputus.

Adakah saya dikira berdosa dan menderhaka jika meneruskan hubungan ini? Adakah benar seperti dakwaan orang, perkahwinan yang tidak mendapat restu ibu dan bapa tidak berkekalan?

Adi,
Terengganu

JAWAPAN
Kadangkala tindakan ibu menolak tanpa alasan munasabah bererti ibu tidak menyempurnakan hak anak dan tanggungjawab ibu. Jika terpaksa, bolehlah meneruskan hubungan setelah menunaikan solat istiqarah, tetapi pada masa sama teruskan berbaik dengan ibu.

Restu ibu bapa yang soleh dan beriman akan memberikan keberkatan pada perkahwinan. Sebaik-baiknya carilah hubungan yang direstui ibu bapa dan keluarga.
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004