117.Isteri layak terima pusaka suami

SAYA berkahwin dengan duda yang ada tiga anak. Selepas tiga bulan mendirikan rumah tangga, suami meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat.

Masalahnya, adakah saya berhak menerima pembahagian harta (kerana hampir semuanya adalah harta sepencarian bersama bekas isteri)? 

Jika ya, berapakah bahagian yang boleh saya terima mengikut hukum faraid?

Adakah tempoh tiga bulan itu membolehkan saya menerima harta peninggalan arwah?

Ingin tahu,
Kota Bharu

JAWAPAN
Walaupun baru tiga bulan berkahwin, puan tetap layak menerima pusaka suami. Jika harta itu sepencarian dengan isteri terdahulu, ia perlu dibahagikan dulu pada suami dan bekas isterinya.

Dalam bahagian suami itu saja dibahagikan pula untuk puan dan anak-anaknya serta waris yang layak di mana hak puan ialah satu per lapan.
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004