Make your own free website on Tripod.com
 

 
118.Susu ibu wajib diberi kepada anak

IBU saya sudah lama meninggal dunia. Sepanjang hayatnya, saya selalu melakukan perkara yang menaikkan kemarahan ibu dan dia juga sering berkata ‘tidak menghalalkan air susu jika tahu ada anak seperti ini’.
Ini menyebabkan saya selalu berasa bersalah. Apakah yang perlu saya lakukan? Adakah jika ibu mengharamkan air susunya, di akhirat nanti saya tidak dapat berjumpa dengannya?

RAMLAH
Seberang Prai

JAWAPAN
MELAKUKAN perkara yang boleh menaikkan marah ibu memang berdosa, tetapi ibu tiada hak mengharamkan air susunya kerana air susu adalah hak anak yang wajib diberikan kepada anak.

Ini kerana air susu cuma ada selepas seseorang wanita itu mengandung dan melahirkan anak.

Jadi, soal ibu tidak menghalalkan pemberian air susunya kepada mana-mana 
anak tidak timbul.
 
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004