119.Elak lafaz talak ketika berlakon

SAYA pernah terbaca bahawa talak tidak boleh dilafazkan sewenang-wenangnya.

Soalan saya, jika suami dan isteri berlakon dan watak dilakonkan bercerai (dalam hal ini suami melafazkan talak satu). Adakah talak itu sah, walaupun mereka sebenarnya berlakon?

Adakah mereka perlu rujuk sebaik habis melakonkan watak berkenaan?

AHMAD
Johor Bahru

JAWAPAN
TALAK adalah antara perkara yang Nabi Muhammad s.a.w melarang umatnya daripada mempermainkannya.

Jika dilafazkan walaupun dalam watak dan berkata ‘aku ceraikan engkau isteriku’, jatuhlah talak itu dari sudut agama.

Cuma dari segi undang-undang, cerai mesti dilakukan di Mahkamah Syariah. Oleh itu, sebaik-baiknya talak tidak dilakonkan dalam apa keadaan sekali pun.
 
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004