Make your own free website on Tripod.com
 

 
120.Haram makan duit riba

SAYA ada seorang rakan yang boleh dikatakan pandai dalam soal agama. Masalahnya, dia selalu ponteng kerja dan mengamalkan riba, terutama kepada kawan-kawan yang meminjam duit daripadanya.
Setiap pinjaman RM100 dikenakan faedah sebanyak 35 peratus.
Apakah pandangan Datuk mengenai perkara ini? Adakah wang itu halal untuk menanggung anak isteri?

AIMAD
Kedah

JAWAPAN
PANDAI dalam selok-belok agama tidak sama dengan orang yang mengamalkan agama dalam kehidupan seharian.

Setiap pinjaman dengan bayaran bunga tambahan adalah riba.
Ini bermakna, syarat atau tambahan 35 peratus itu adalah riba dan haram baginya untuk dimakan atau digunakan.

Beliau hanya berhak ke atas wang RM100 yang menjadi miliknya dan ia adalah halal.
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004