127.Pertandingan sukan tidak haram

SAYA pernah terbaca bahawa satu-satu pertandingan itu diharamkan jika ia mendatangkan kerugian kepada pesertanya dan wang daripada penyertaan itu digunakan untuk membeli hadiah.

Soalan saya, adakah penyertaan dalam kejohanan sukan berkumpulan 
contohnya juga haram kerana kami perlu membayar yuran kemasukan beberapa ratus ringgit, iaitu 1/3 untuk sewa gelanggang, 1/3 untuk penganjur dan 1/3 lagi adalah untuk hadiah?

Ron,
Lumut

JAWAPAN
Pertandingan dalam kejohanan sukan berkumpulan seperti yang dinyatakan adalah harus. Wang yang dikutip bertujuan membiayai keperluan sukan itu sendiri dan tiada unsur haram seperti judi di dalamnya.

Peserta juga sedia maklum dan bersetuju hadiah diberikan pada pemenangnya saja. Tiada unsur-unsur kezaliman dalam hal ini.
 
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004