Make your own free website on Tripod.com
 

 
128.Tunang jarang solat

TUNANG saya jarang menunaikan sembahyang dan sentiasa memberikan alasan jika disuruh berbuat demikian. Dia juga banyak kali berjanji untuk berubah, tetapi semuanya palsu. Akibat daripada itu juga, dia cepat marah dan bertengkar setiap kali saya menasihatinya. Ini menyebabkan saya tawar hati dan bimbang keadaan menjadi lebih buruk selepas berkahwin. Adakah wajar jika saya memutuskan pertunangan ini dan adakah saya berdosa?

Ingin tahu,
Parit Buntar, Perak

JAWAPAN
Sebelum berkahwin, seorang wanita ada hak sepenuhnya membuat pilihan terbaik untuk dirinya. Dia berhak juga memutuskan pertunangan kerana pertunangan adalah tempoh mencari penyesuaian.

Jika tiada penyesuaian, sebaik-baiknya dia menarik diri lebih awal. Apa pun, sebaik-baiknya solat Istikharah terlebih dulu sebelum membuat keputusan. Pilihlah lelaki yang taat pada Allah supaya dia dapat memimpin isteri ke jalan yang diredaiNya.
 
 
 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004