Make your own free website on Tripod.com
 

 
134.Khatam al-Quran tidak wajib

SAYA tidak pernah khatam al-Quran. Sejak kecil hingga meningkat 40 tahun, saya belum berjaya menghabiskan bacaan al-Quran. Bolehkah saya terus menyambung di bahagian yang terhenti dulu untuk khatam? Adakah ia perlu diulang dari mula bagi melayakkan seseorang itu dikatakan sebagai khatam? Apakah hukumnya bagi seseorang Muslim yang tidak dapat menghabiskan bacaan al-Qurannya?

Lim, Ipoh

JAWAPAN

Khatam ertinya selesai membaca semua ayat al-Quran. Tiada tempoh ditentukan untuk menghabiskan al-Quran, cuma kumpulan sahabat Rasulullah s.a.w menghabiskannya sebulan sekali atau setahun sekali.

Jika sudah berpuluh-puluh tahun meninggalkan bacaan al-Quran, ada baiknya mengulangi semula daripada menyambungnya. 

Lagipun, tidak rugi kita mengulanginya, bahkan akan mendapat pahala lagi. Walaupun khatam al-Quran tidak wajib, tetapi seorang muslim yang berasakan kesucian kalam Allah akan berusaha membacanya sebanyak mungkin dan mengkhatamnya.
 
 
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004