135.Suami lafaz talak bersyarat

SAYA pernah bertengkar dengan suami dan ketika itu dia berkata, ‘Kalau awak buat, saya ceraikan awak’. Kerana terlalu marah, saya melakukan perkara yang dilarangnya tetapi ketika itu tiada saksi, selain anak kami berusia tiga dan satu tahun.

Sejam selepas itu, kami menyesal dan berbaik semula. Kami merujuk hal ini kepada seorang rakan dan katanya, kami masih boleh meneruskan kehidupan suami isteri seperti biasa. Soalannya, adakah kami masih sah suami isteri? Apakah yang perlu kami lakukan?

Ragu-ragu, Johor

JAWAPAN

Apa yang dilafazkan oleh suami ialah talak bersyarat, iaitu akan jatuh talak dengan syarat yang diletakkan. Apabila puan melanggar syarat itu, jatuhlah talak satu, tetapi nampaknya puan dan suami berbaik-baik ketika masih dalam edah. Oleh itu, perhubungan suami isteri adalah sah.

Cuma sekarang, suami isteri perlu berhati-hati kerana ada dua kali lagi peluang bersama kerana sudah jatuh satu talak dan tinggal dua kali saja. Menurut undang-undang negara kita pula, cerai talak satu dan rujuk ini mesti didaftar bagi mengelak berlaku kecelaruan pada masa akan datang.
 
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004