136.Amalan hidup tentukan
syurga, neraka
APAKAH seseorang yang tidak mengucap
kalimah syahadah ketika saat akhir hayatnya tidak akan masuk syurga? Bagaimana
pula halnya bagi mereka yang meninggal dunia ketika kemalangan?
Zahim, Seberang Prai, Pulau Pinang
JAWAPAN
Masuk syurga atau neraka adalah hak
mutlak Allah s.w.t untuk menentukan siapa layak atau tidak layak. Sebagai
hambaNya, kita dituntut mengharap rahmatNya saja, tetapi tiada siapa boleh
mengatakan di dunia ini dia ahli syurga di akhirat esok, kecuali golongan
anbia dan sahabat yang diberi berita gembira dengan syurga pada mereka.
Bagaimanapun, ada hadis mengatakan
barang siapa yang kalimah terakhirnya ialah shahadah, petandanya ialah
kematian yang baik.
Mereka yang tidak sempat mengucap
atau mati dalam kemalangan nasibnya ditentukan oleh amalan semasa hidup,
bukan sekadar akhir kematiannya saja.
|