138.Penerima zakat wang simpanan

SOALAN

SAYA mempunyai wang simpanan yang wajib dikeluarkan zakat. Bolehkah wang itu saya salurkan kepada penerima seperti ahli keluarga yang miskin (termasuk dalam golongan asnaf) dan sakit tanpa melalui pusat zakat atau kepada orang tua yang miskin serta imam masjid yang tidak mempunyai pendapatan tetap?

Ingin Tahu,
Taman Keramat, Kuala Lumpur

JAWAPAN

Zakat wang simpanan boleh diberikan terus kepada golongan asnaf, walaupun ada kaitan keluarga, jika dia layak, kecuali zakat bapa tidak boleh diberikan kepada anak atau cucu dan seterusnya atau zakat anak kepada bapa atau nenek misalnya.

Orang tua atau imam bukan asnaf, tetapi jika dia menepati syarat iaitu imam yang miskin atau orang tua yang tiada pendapatan, dia layak menerimanya. Sesetengah orang memberikan zakat melalui pusat zakat kerana ia memudahkan.

Ada pula yang memilih untuk memberi terus pada asnaf supaya puas hatinya.
 
 
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004