139.Waktu afdal ziarah
kubur
SOALAN
ADAKAH orang yang meninggal dunia
tahu kita menziarahi pusaranya? Bilakah waktu paling afdal untuk menziarahi
pusara? Apakah hikmah di sebalik menyiram air dan menabur bunga di atas
kubur?
Wan,
Johor
JAWAPAN
Ada hadis mengesahkan orang yang
mati tahu siapa menziarahi pusaranya, iaitu hadis yang bermaksud “Tiada
seorang muslim yang melalui kuburan temannya yang dikenali di dunia lalu
dia memberi salam, melainkan Allah akan mengembalikan roh simati dalam
kuburan untuk menjawab salamnya.”
Waktu paling afdal untuk menziarahi
kubur ialah hari Jumaat dan hikmah di sebalik menyiram dan meletakkan tumbuhan
atas kuburan ialah, selagi tumbuhan itu masih basah, ia bertasbih pada
Allah dan akan meringankan azab kubur.
|