Make your own free website on Tripod.com
 

 
144.Gugur kandungan dosa berat

SAYA menghidapi penyakit buasir dan selepas melahirkan anak, penyakit ini bertambah teruk. Kini saya mengandung anak kedua (baru dua bulan). Memandangkan keadaan buasir yang teruk itu, saya mengambil keputusan untuk menggugurkan anak berkenaan. Adakah saya dianggap membunuh dan adakah saya berdosa jika melakukannya?

Aishah, Ampang, Selangor

JAWAPAN

Seorang ibu yang mengandung harus menggugurkan anaknya jika bayi itu mengancam keselamatannya, dengan syarat setelah disahkan oleh sekurang-kurangnya dua doktor pakar dalam bahagian terbabit.

Malangnya dalam masalah puan, puan sendiri yang membuat keputusan, sepatutnya jika doktor menasihati di mana dirasakan memang kritikal, barulah harus digugurkan, tidak semudah keputusan sendiri. Banyakkanlah bertaubat pada Allah kerana membunuh satu nyawa memang berat dosanya.
 
 

 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004