Make your own free website on Tripod.com
 

 
145.Mati bukan kerana doa

SAYA ada seorang kenalan yang sudah lama menghilangkan diri. Ada kalanya saya tertanya-tanya adakah dia masih hidup atau meninggal dunia. Secara kebetulan, baru-baru ini saya mendapat berita beliau meninggal dunia kerana kemalangan. Ada pendapat mengatakan, kata-kata itu adalah doa. Adakah saya berdosa kerana perkara ini? Bagaimanakah cara untuk saya menebusnya?

Halim, Terengganu

JAWAPAN

Matinya seseorang itu adalah kerana ketetapan yang ditentukan tuhan, sedikitpun tidak dipercepatkan atau diperlambatkan, kerana kata-kata atau doa seseorang.

Apa yang berlaku adalah secara kebetulan. Kata-kata itu bukan keramat sehingga dia terpaksa menemui ajal.

Apa yang terbaik dilakukan ialah mendoakan sahabat itu supaya Allah merahmati rohnya dan bukan mempersalahkan diri atas kematiannya.
 
 

 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004