146.Pembantu rumah
perlu samak diri
SAYA adalah pembantu rumah beragama
Islam dari seberang dan bekerja dengan majikan bukan Islam.
Masalah saya ialah, setiap hari saya
terpaksa memasak daging babi.
Bagaimanakah saya boleh menyucikan
diri? Adakah ia perlu dilakukan setiap kali selepas memasak?
Saya diugut akan dihantar pulang
ke agensi pembantu rumah jika enggan dan kami mungkin kehilangan kerja.
SITI
Petaling Jaya
JAWAPAN
Saya dapat katakan di sini yang saudari
dalam keadaan darurat kerana tiada pilihan lain, melainkan terpaksa taat
pada kemahuan majikan yang bukan Islam.
Pastikan bila selesai kerja, saudari
menyamak diri dengan sekali air tanah dan enam kali air biasa sebagai langkah
membersihkan diri.
Buatlah sekadar yang termampu kerana
sesungguhnya Tuhan tidak mewajibkan sesuatu, kecuali yang termampu.
|