147.Tiada istilah bawa bala dalam Islam

TIGA tahun lalu saya berkawan dengan seorang pemuda, malangnya dia meninggal dunia kerana kemalangan.

Kemudian saya berkenalan dengan pemuda lain dan perkara sama berlaku lagi.

Ini menyebabkan sesetengah orang berkata jodoh saya tersekat dan menyuruh saya mandi bunga untuk tolak bala.

Adakah ia benar? Apakah pandangan Islam mengenai hal ini dan apakah yang perlu saya lakukan?

SUE,
Kuala Terengganu

JAWAPAN

Seorang manusia dilahirkan bersih. Dia tidak membawa bala atau sial pada orang lain.

Apa yang berlaku adalah secara kebetulan, sepertimana yang pernah berlaku pada Atikah binti Zaid Bin Amri Bin Hufail Alqurasyiah, di mana sesiapa yang mendekati dan berkahwin dengannya akan menemui maut. Dia berkahwin empat kali dan keempat-empat suaminya menemui maut setelah kahwin.

Suami terakhirnya ialah al Husain bin Ali, cucunda Nabi yang juga mati setelah mengahwininya. Orang di zamannya pernah berkata, siapa yang inginkan mati shahid, pergilah berkahwin dengan Atikah.

Namun, usah rasa bimbang kerana tiada yang tidak kena dengan saudari. Terimalah ini sebagai takdir dan redalah dengan ketentuan Allah.
 
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004