149.Tidak wajar anak dendami orang tua

SAYA anak sulung dan masih belajar. Masalah saya adalah sikap emak dan ayah yang sering menyalahkan saya dalam setiap keadaan.

Jika saya membantu di kedai makan, mereka menengking saya di depan pelanggan, menyebabkan saya malu dan tertekan.

Emak dan ayah juga selalu berat sebelah kerana adik-adik saya tidak pernah dimarah walaupun melakukan kesalahan, sebaliknya saya yang menjadi sasaran.

Adakah saya berdosa jika timbul perasaan benci kepada orang tua sendiri? Apa boleh saya lakukan untuk mengatasi masalah ini?

ANAK SULUNG,
Bayan Lepas, Pulau Pinang

JAWAPAN

Apabila ibu bapa kerap memarahi anaknya, bukan kerana benci tetapi kerana mereka ingin menegur dan mahukan anak-anak memperbetulkan kelakuan mereka supaya menjadi baik.

Mungkin cara mereka menegur kurang bijak dan hikmah hingga boleh memalukan di depan orang lain.

Jika ibu bapa tidak menegur adik lain, bukan bererti mereka tidak adil, sebaliknya mungkin kerana mereka tidak bersalah.

Tidak elok menyimpan dendam dan benci pada ibu bapa, jasa mereka lebih banyak daripada kesalahan menegur.

Ambillah positif segala teguran dengan mengubah menjadi baik, terima dengan hati terbuka, bukan merasakan dendam, percayalah hati akan menjadi lebih tenang.
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004