152.Lelaki sudah berkahwin harus utama keluarga

IBU mentua memaksa suami saya menjualkan tanah bendang untuk melangsaikan hutangnya.

Apabila semua wang sudah diberi dan alasan menjual tanah diselidik, baru kami tahu rupa-rupanya itu hanya satu penipuan.

Ini menyebabkan kami sekeluarga terpaksa mengikat perut kerana tidak cukup wang untuk belanja dapur dan persekolahan anak-anak.

Apakah hak seorang ibu kepada anak lelaki yang sudah berkahwin? Adakah hak ini membolehkan ibu berbohong kepada anak untuk mendapatkan sebahagian daripada pendapatan anak, walaupun tahu anaknya berpendapatan rendah dan ramai tanggungan?

SYAH,
Kedah

JAWAPAN

Apabila seorang lelaki berkahwin, tanggungjawabnya yang pertama ialah pada diri, isteri dan anak-anak.

Keutamaan diberi pada keluarganya berbanding ibu bapanya dan suami seharusnya faham bagaimana mengagihkan pendapatan.

Pemberian wang kepada ibunya pula ialah atas dasar ehsan, iaitu jika termampu. Jika ada lebih rezeki, apa salahnya menghulur sedikit kepada mereka.

Bagaimanapun, ibu tidak berhak memaksa anak lelaki yang sudah ada tanggungan untuk melangsaikan hutang si ibu.
 
 

 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004