155.Anak luar nikah
jadi cercaan
SAYA mempunyai seorang anak angkat
perempuan (anak luar nikah). Malangnya, status anak ini menyebabkan masyarakat
memandang rendah kepada kami dan sering melemparkan kata-kata penghinaan.
Walaupun masih kecil, tetapi dia
sudah tahu kedudukannya dalam keluarga saya dan boleh menerima hakikat
sebenar.
Masalahnya, kata-kata cercaan daripada
masyarakat menyebabkan anak saya sering bersedih dan murung.
Apakah yang boleh saya lakukan? Saya
tidak mahu statusnya mengganggu pelajarannya.
IBU, Taiping, Perak
JAWAPAN
Masih ramai dalam masyarakat belum
boleh menerima kehadiran anak luar nikah, sedangkan hakikatnya mereka tidak
bersalah dan yang bersalah itu adalah ibu bapa mereka.
Sukar untuk puan menyekat masyarakat
membuka mulut, tetapi puan boleh selalu bercakap dengannya supaya dia mempunyai
semangat kuat dan yakin pada diri sendiri.
Katakan padanya, dia tidak bersalah
dalam hal ini kerana dia dilahirkan suci dan kasih sayang puan terhadapnya
tetap sama seperti anak sendiri.
Adanya ibu seperti puan yang sanggup
bersamanya untuk menghadapi apa saja akan menjadi satu kekuatan padanya
menghadapi hari depan.
|