Make your own free website on Tripod.com
 

 
156.Gagal beri nafkah batin

SAYA sudah berkahwin 10 tahun dan mempunyai dua anak. Orang melihat kami pasangan bahagia, sedangkan hakikatnya Allah saja yang tahu.

Selepas kelahiran anak kedua (lima tahun lalu) suami saya tidak pernah memberikan nafkah batin.

Masanya lebih banyak dihabiskan bersama keluarga (emak dan adik beradiknya) serta kawan-kawan. Malah, boleh dikatakan setiap keputusan ditentukan oleh ibu mentua saya.

Dalam keadaan ini, adakah saya dikira gantung tidak bertali? Saya sangat tertekan dan tidak sanggup lagi hidup berpura-pura. Bolehkah saya memohon cerai atas alasan ini?

ISTERI MALANG, Tanjung Malim, Perak

JAWAPAN

Tiada istilah gantung tidak bertali dalam Islam, tetapi biasanya dalam masyarakat kita ia dirujuk pada keadaan isteri yang tidak diberi perhatian suami dari apa segi pun.

Puan memang ada hak menuntut cerai jika suami tidak memberi nafkah batin, tetapi ada baiknya jika cuba menyiasat dulu kenapa suami berubah setelah mempunyai dua anak.

Mungkin ada kesalahan dari mana-mana pihak, sama ada suami atau isteri, yang dapat diperbaiki melalui perbincangan.

Saya sarankan supaya berbincang bersama-sama dari hati ke hati supaya masalah selesai dengan cara baik dan jika gagal, berbincang bersama keluarga.

Dari sini, punca mereka campur tangan dalam urusan keluarga puan dapat diketahui, dan boleh jadi ada kesilapan diri yang boleh diperbaiki.
 
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004