Make your own free website on Tripod.com
 

 
157.Maksud tundukkan pandangan

APAKAH yang dimaksudkan dengan menundukkan pandangan dalam Islam?
Apakah perkara yang termasuk dan perlu ditundukkan pandangan kita?

ZAI
Kulim, Kedah

JAWAPAN

Menundukkan pandangan adalah satu perintah Allah pada semua lelaki dan perempuan. Ia satu simbolik menandakan orang Islam mesti menjaga pandangan daripada melihat perkara yang dilarang Allah.

Menundukkan pandangan bukan bermakna menundukkan kepala, tetapi memelihara pandangan. Maksudnya, walaupun ada maksiat berlaku di depan mata, seseorang itu mesti mengelakkan mata daripada melihatnya dan bukan menganggap ini ‘tayangan percuma’ yang rugi kalau tidak dilihat, seperti sangkaan sesetengah orang. Antara yang dilarang ialah melihat aurat atau perkara yang memberahikan.
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004