Make your own free website on Tripod.com
 

 
158.Larangan pegang alat sulit

ADAKAH kanak-kanak yang melakukan hubungan intim, termasuk memegang bahagian sulit dengan rakan sebaya (akibat terpengaruh dengan rancangan televisyen) dikira berdosa, walaupun ketika melakukannya mereka tidak mengetahui hukum perkara berkenaan?

Adakah ia dianggap zina? Adakah penyesalan dan taubat oleh individu berkenaan selepas meningkat dewasa diterima Allah?

INGIN TAHU,
Melaka

JAWAPAN

Kanak-kanak sebelum baligh belum menanggung dosa, tetapi mereka mestilah dididik dengan pengetahuan dan larangan dalam berkawan.

Mereka mesti dimaklumkan bahawa dalam agama bukan saja dilarang memegang alat sulit orang lain, bahkan alat sulit sendiri pun tidak boleh dipegang atau dilihat tanpa sebab munasabah.

Sekadar memegang alat sulit belum sampai zina. Segala penyesalan dan taubat yang dibuat dengan ikhlas akan diterima tuhan.
 
 
 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004