161.Dua pengertian makanan haram

BOLEHKAH Datuk menjelaskan istilah makanan yang haram dimakan?

Adakah ia hanya merujuk kepada kandungan bahan haram di dalam makanan atau mempunyai pengertian lebih luas?

MEOR, Perlis

JAWAPAN

Pengertian makanan yang haram merujuk pada haramnya makanan itu daripada dua aspek, iaitu zat dan sumber.

Aspek zat iaitu daripada yang dilarang seperti babi, bangkai darah dan lain-lain yang diharamkan secara zat melalui al-Quran atau hadis.

Aspek kedua ialah daripada segi sumber, iaitu sumber kita dapati makanan berkenaan haram seperti hasil dari rasuah, tipu atau mendapat hasil kerana menganiaya orang lain.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004