Make your own free website on Tripod.com
 

 
162.Saranan tidur dalam Islam

BENARKAH kedudukan ketika tidur boleh mencerminkan keperibadian seseorang?

Jika benar, apakah kedudukan yang disarankan dalam Islam dan apakah manfaat di sebaliknya?

INGIN TAHU,
Jelebu, Negeri Sembilan

JAWAPAN

Tidak dapat dipastikan adakah cara tidur boleh mencerminkan keperibadian seseorang. Yang pasti ialah, Nabi Muhammad s.a.w mengatur kedudukan mula tidur bagi tujuan kesihatan dan kebaikan jiwa supaya bila tidur lebih tenang dan tidak terganggu dengan mimpi buruk.

Segala kedudukan selepas tertidur tidak lagi penting kerana perbuatan ketika sudah tertidur adalah dimaafkan, seperti diriwayatkan hadis.

Kedudukan yang disarankan ialah mengiring ke bahagian kanan badan dengan membaca doa-doa yang diajar Nabi.

 

Balik


 
Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004