Make your own free website on Tripod.com
 

 
165.Surah dalam solat sunat

SAYA menjadi imam dalam satu solat jemaah. Saya tersalah membaca surah kerana terlupa dan lebih buruk ia bersambung dengan surah yang lain. Malangnya keadaan ini hanya disedari selepas saya melakukan rukuk dan ia tiada seorang pun makmum menegur saya. Saya rasa amat bersalah tetapi tetap meneruskan sembahyang. Adakah sembahyang yang diimamkan itu sah?

ZUL,
Kota Bharu

JAWAPAN

MEMBACA surah dalam solat hukumnya sunat dan bukan wajib. Ini bererti sekiranya imam tidak membaca surah pun, solat tetap sah.

Sekiranya imam tersalah membaca surah, dia sepatutnya ditegur oleh makmum tetapi jika tiada makmum yang sedar mengenai perkara ini kerana tidak faham atau tidak mengetahui, maka imam boleh menyambung terus solat berkenaan.

Sebaiknya, jika terlupa, hentikan pembacaan surah pertama dan bacalah surah lain sebagai ganti. Bagaimanapun, solat yang dipimpin itu hukumnya sah. Sebelum menerima tanggungjawab sebagai imam, pastikan kita sudah bersedia. Jika bimbang terlupa surah panjang, carilah surah pendek yang mudah dihafal atau sebaiknya yang menjadi amalan seharian.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004