Make your own free website on Tripod.com
 

 
169.Cara taubat setelah terlanjur

KETIKA belajar di pusat pengajian tinggi dulu, saya pernah terlanjur dengan kekasih tetapi hubungan kami putus di tengah jalan.

Saya sungguh menyesal dengan perbuatan kami. Bagaimanakah caranya untuk saya bertaubat? Adakah taubat saya akan diterima Allah?

KESAL,
Pulau Pinang

JAWAPAN

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk semua hamba Allah, dengan syarat ia perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

Taubat bersungguh-sungguh ialah meminta ampun dengan rasa penuh penyesalan ke atas semua dosa seumur hidup, meningkatkan ibadat dan memperbanyakkan amalan sunat.

Banyakkan bersedekah dan niatkan sedekah itu sebagai penebus dosa. Penyesalan zina perlu disertai dengan azam kuat untuk tidak mengulanginya.

Sesungguhnya Allah maha pengasih dan penyayang serta mendengar rayuan hambaNya. Asalkan kita ikhlas serta bersungguh-sungguh, insyaAllah taubat itu akan diterima.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004