Make your own free website on Tripod.com
 

 
172.Anak luar nikah kena wali hakim

SEDIKIT masa dulu kita dikejutkan dengan kes pembuangan anak. Syukur dan terima kasih kepada keluarga yang mengambil mereka sebagai anak angkat. Soalan saya, siapakah yang layak menjadi wali kepada anak luar nikah? Bolehkan bapa yang memeliharanya sejak bayi mewalikan gadis itu?

SITI,
Kuala Lumpur

JAWAPAN

Anak luar nikah perempuan memang akan menghadapi masalah mencari wali ketika mahu berkahwin.

Dalam soal ini, ibu bapa angkat sepatutnya berterus-terang sejak awal mengenai status si anak supaya mereka tidak kecewa atau malu, terutama ketika hendak berkahwin.

Lelaki yang menyebabkan ibunya hamil (bapa biologi) tidak boleh menjadi wali si gadis itu. Anak luar nikah perlu mendapatkan khidmat wali hakim. Untuk memudahkan urusan, rujuk kepada jabatan agama dengan menerangkan keadaan sebenar supaya pernikahan dapat berjalan lancar.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004