Make your own free website on Tripod.com
 

 
174.Bersalin hapus dosa kecil

BENARKAH setiap kali seorang wanita itu melahirkan anak, dia akan bersih daripada dosa seperti bayi yang dilahirkannya?

LINA,
Kuala Krai, Kelantan

JAWAPAN

Dalam satu hadis, Rasululah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosanya sebagaimana ibunya melahirkannya.”

Hadis ini merujuk kepada wanita solehah. Setiap kali bersalin, dosa kecil akan gugur dan wanita ini kembali bersih daripada dosa.

Namun, bagi wanita yang pernah melakukan dosa besar dan tidak bertaubat sebelum bersalin, mereka tidak termasuk dalam kumpulan ini.

Jika ada wanita yang takut mati ketika bersalin, bertaubatlah bersungguh-sungguh dan menyesali segala perbuatan. Allah Maha Pengampun, insyaAllah taubat itu diterimaNya.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004