175.Boleh cerai jika suami zalim

SAYA sering membaca masalah isteri malang yang dipukul suami atau suami tidak pernah menunaikan sembahyang.

Saya juga mengalami nasib sama; sering dimaki hamun dan dipukul apabila menasihati suami supaya bersembahyang.

Apa yang membuatkan saya tidak tahan adalah, dia selalu memukul dan memaki saya di depan anak-anak.

Dalam keadaan bagaimanakah isteri boleh menuntut cerai kerana saya tahu meminta cerai itu berdosa.

HAMBA ALLAH,
Semenanjung

JAWAPAN

Ada disebutkan dalam hadis, isteri yang menuntut cerai tidak akan mencium bau syurga. 

Bagaimanapun, dalam keadaan tertentu isteri boleh menuntut cerai iaitu apabila rumah tangga yang dibina tidak bahagia; suami menzalimi isteri sama ada memukul, mendera atau tidak memberi nafkah; suami menghidap penyakit kelamin yang boleh membahayakan nyawa isteri serta suami tidak beriman dan banyak melakukan dosa.

Namun, lebih baik jika suami isteri dapat berunding dan berpisah secara aman. Banyakkan berdoa kepada Allah, minta supaya dibukakan hati suami untuk berubah.

Jika suami masih enggan, isteri boleh menuntut cerai secara tebus talak dengan membawa kes ini ke mahkamah. 

Namun, jika dapat berdamai dan berubah adalah lebih baik kerana perceraian adalah perkara halal yang dibenci Allah.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004