176.Berkat nikah dalam wuduk

MENGAPAKAH ada acara membatalkan air sembahyang ketika majlis pernikahan? Adakah sah pernikahan yang dilakukan tanpa mengambil wuduk?

Apakah fadilatnya pasangan pengantin dalam keadaan berwuduk ketika bernikah?

ZAI,
Melaka

JAWAPAN

Syarat sah nikah ialah ada pengantin (lelaki dan perempuan), wali dan saksi serta ijab dan kabul antara wali perempuan dengan pengantin lelaki.

Soal ada air sembahyang atau tidak, tidak menjejaskan pernikahan. Sama halnya jika pengantin wanita dalam keadaan haid, pernikahan tetap sah.

Bernikah dalam keadaan berwuduk digalakkan dalam Islam dan ia lebih berkat.

Sebaik selepas bernikah, pasangan suami isteri tadi disunatkan menunaikan sujud syukur.

Untuk melakukan sujud syukur, mestilah dalam keadaan berwuduk. Jika ada wuduk sejak awal, akan memudahkan mereka untuk menunaikan ibadat sunat ini pada ketika itu juga tanpa perlu meredah sanak saudara atau jemputan yang ramai.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004