Make your own free website on Tripod.com
 

 
178.Petua untuk henti onani

SAYA sering membaca masalah remaja yang terbabit dalam kegiatan onani.

Masalah ini turut dialami rakan baik saya, malangnya saya juga tiada pengetahuan untuk menasihatinya.

Bolehkah Datuk memberi sedikit panduan bagaimana untuk mengelakkan perbuatan yang dilarang ini?

INGIN TAHU, Johor Bahru
 

JAWAPAN

Perbuatan onani atau mengeluarkan air mani dengan sengaja yang disebut ‘istimnak’ dalam bahasa Arab, sangat dilarang dalam Islam.

Mengikut pandangan ulama, orang yang melakukan onani diwajibkan mandi hadas besar.

Ketagih melakukan onani memang sukar dihentikan, kecuali dengan keazaman bersungguh-sungguh.

Perasaan bercelaru yang dialami apabila tidak dapat melakukannya boleh dielak melalui berpuasa.

Elak berfikir perkara yang mengghairahkan dan boleh menaikkan nafsu.

Hindari juga membaca majalah lucah atau rancangan berunsur seks.

Sebaliknya, dekatkan diri dengan majlis ilmu dan melakukan banyak senaman. Tanamkan tekad untuk berhenti melakukannya, di samping mencari kehidupan yang diredhai Allah.

Cara terakhir ialah melalui perkahwinan. Ini adalah jalan terbaik untuk melepaskan nafsu secara sah.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004