179.Manusia dicipta bukan untuk dipuja

MASYARAKAT kita kini terlalu memuja artis sehingga ada sesetengah artis tidak boleh dikritik langsung kerana ia boleh menimbulkan kemarahan peminat fanatik.

Mereka juga menganggap artis pujaan mereka sebagai insan sempurna. Boleh Datuk jelaskan pandangan Islam mengenai perkara ini?

LINA, Ampang, Selangor

JAWAPAN

Ada beberapa perkara perlu diteliti dalam soal ini. Pertama, sebagai peminat, kita perlu mengenalpasti terlebih dulu kedudukan atau situasi artis itu.

Ia termasuk jenis lagu yang dibawa, adakah boleh menyeleweng atau melalaikan orang (peminatnya), penampilannya mendedahkan aurat yang boleh menjurus kepada maksiat.

Jika kriteria ini ada pada penyanyi itu, perbuatan mengagungkan adalah ditegah. 

Sebaliknya, peminat dibenarkan menyanjung penyanyi lagu nasyid yang mempunyai keperibadian baik, mendendangkan lagu yang boleh membawa keinsafan dan mengingatkan pendengar kepada Allah.

Bagaimanapun, perlu diingat, perbuatan mengagungkan atau memuja tidak digalakkan dalam Islam kerana Allah menjadikan manusia bukan untuk diagung atau dipuja.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004