180.Tidak perlu beri nafkah bekas isteri

MENGIKUT pengetahuan saya, lelaki tidak perlu memberi nafkah kepada bekas isterinya selepas mereka bercerai.

Bagaimanapun, mereka perlu membayar nafkah anak seperti yang dipersetujui di depan mahkamah.

Soalan saya, adakah bekas isteri tadi boleh menuntut wang melebihi jumlah nafkah anak untuk keperluannya sendiri?

INGIN TAHU, Kuala Lumpur

JAWAPAN

Seorang lelaki hanya diwajibkan memberi nafkah kepada perempuan ketika mereka ada ikatan perkahwinan, iaitu suami-isteri.

Selepas bercerai, dia tidak lagi wajib menanggung perbelanjaan bekas isterinya.

Dalam soal ini, bekas suami bertanggungjawab membayar nafkah anak mengikut jumlah dijanjikan.

Bekas isteri tidak berhak menuntut bayaran lebih untuk kegunaannya kerana dia kini bukan lagi dalam tanggungan bekas suami.

Suami pula tidak boleh menolak permintaan itu dengan membayar jumlah untuk nafkah anak saja. Bagaimanapun, jika bekas suami rela memberinya sebagai hadiah atau sedekah, bekas isteri boleh menerimanya.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004