Make your own free website on Tripod.com
 

 
182.Hukum suami cium jenazah pasangan

APAKAH hukum suami memberi ciuman kepada isteri ketika saat akhir si isteri dikafankan, iaitu selepas dimandi dan dikafankan.

Ketika ini hanya muka belum dikafankan kerana memberi peluang kepada anak-anak si mati memberi ciuman terakhir.

Ada pendapat mengatakan suami tidak boleh mencium arwah isterinya kerana akan membatalkan air sembahyang. Adakah ia benar?

ZALI, Kota Kemuning

JAWAPAN

Hukum seseorang suami atau isteri memberikan ciuman terakhir kepada jenazah pasangannya diharuskan dalam Islam.

Ini dipanggil bercerai mati dan tidak sama dengan berpisah hidup yang menyebabkan timbulnya hukum.

Walaupun si mati sudah diangkat wuduknya ketika dimandikan, tetapi ciuman suami atau isteri kepadanya tidak membatalkan wuduk si mati kerana wuduknya bukan diangkat sendiri, tetapi diwudukkan oleh orang lain.

Dalam keadaan ini, wuduk si mati tidak batal dengan ciuman suami. Bagaimanapun, hanya air sembahyang suami atau isteri saja yang terbatal (jika mereka dalam keadaan berwuduk).
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004