183.Isteri boleh tuntut cerai jika tiada nafkah

BERDOSAKAH jika seorang suami tidak memberi nafkah kepada anak-anak dan isteri seperti mereka yang dipenjarakan?

Bagaimana caranya dia hendak menebus kesilapannya kepada anak-anak dan isteri?

ISTERI MUSYKIL, Kuala Lipis

JAWAPAN

Suami bertanggungjawab memberi nafkah kepada keluarganya. Jika dia ada dalam penjara, isteri ada hak menuntut cerai kerana dia gagal menunaikan tanggungjawabnya.

Bagaimanapun, jika suami sudah insaf, ingin bertaubat dan mahu menebus kesilapannya, dia mesti membayar semula semua nafkah yang tertunggak selama dia dipenjarakan, kecuali jika isteri meredakan semua perbelanjaan.

Sebagai tanda dia benar-benar bertaubat, suami hendaklah memperbanyakkan amalan baik sebagai menebus amalan buruk yang dilakukannya.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004