186.Berzina ketika remaja

KETIKA remaja, saya pernah melakukan maksiat dan zina. Kini saya insaf dan sangat menyesal. Bagaimanakah caranya untuk saya bertaubat?

Insaf, Arau, Perlis

JAWAPAN

Hadis ada menyebut bahawa manusia yang terbaik bukan yang tidak pernah melakukan dosa kerana manusia itu bersifat lemah, tetapi apabila dia berdosa dia segera ingat dan bertaubat daripada dosanya.

Insaf dan menyesal adalah langkah pertama taubat. Langkah kedua ialah berhenti dengan niat dan tekad mahu bersungguh-sungguh tidak mengulangi dosa berkenaan sehingga mengingatinya pun boleh menimbulkan rasa takut.

Langkah ketiga adalah memperbanyakkan kebajikan sebagai menebus dosa-dosa, dan yang terakhir yakinlah bahawa Allah sentiasa menerima taubat hambaNya.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004