187.Abang tidak laksana pesan arwah ibu

SAYA mempunyai tujuh abang dan seorang kakak. Sebelum meninggal dunia, ibu saya berpesan supaya membahagikan hartanya, termasuk tanah dan wang simpanan, sama rata kepada semua anak-anak (lelaki dan perempuan). Kata-kata itu disampaikan kepada abang sulung bersaksikan kakak ipar dan saya.

Malangnya, selepas ibu meninggal, abang yang lain tidak mahu mematuhi pesanan arwah ibu. Soalan saya, adakah kata-kata ibu tadi boleh dianggap wasiat? Bolehkah Datuk terangkan cara pembahagian harta mengikut Islam, kerana dalam kes ini ia lebih menguntungkan abang-abang saya, sedangkan kami dua beradik perempuan hidup susah.

Yati, Kedah

JAWAPAN

Dalam masalah pembahagian harta pusaka, jika si mati tidak meninggalkan wasiat, harta akan dibahagikan mengikut faraid, iaitu lelaki mendapat dua bahagian daripada perempuan, tanpa mengambil kira siapa lebih susah.

Sepatutnya jika ibu mahu menganggap pesannya sebagai wasiat, ia harus dibuat secara bertulis dan bersaksi supaya selepas kematiannya, anak-anak tidak bergaduh kerana harta.

Dalam kes ini, rujuk kembali kepada abang dan kakak ipar. Jika mereka bersaksi pada kata-kata berkenaan, ia boleh dikira wasiat dan wajib dilaksanakan.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004