Make your own free website on Tripod.com
 

 
188.Ragu-ragu lafaz suami

SAYA dan suami pernah bertengkar dan beliau berkata “Petang nanti aku tinggalkan engkau.” Selepas itu dia terus keluar rumah tanpa mengucapkan apa-apa kepada saya. 

Adakah jatuh talak dengan perkataannya tadi, kerana sehingga kini kami masih tinggal bersama. Suami saya juga tidak bermaksud menceraikan saya ketika kami bertengkar pada waktu itu.

Isteri Risau, Kulim, Kedah

JAWAPAN

Jatuh atau tidak talak bergantung kepada niat suami ketika dia mengucapkannya. Ucapan itu termasuk dalam ucapan tidak jelas kerana perkataan “tinggalkan engkau” boleh membawa erti cerai atau sekadar tinggalkan rumah.

Jika suami puan mengaku dia tidak bermaksud cerai, maknanya puan berdua masih suami isteri yang sah.

Apapun, pada masa akan datang jangan mempermudahkan mengeluarkan lafaz seperti itu, walaupun ketika marah.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004