189.Bapa jadi wali anak luar nikah

Beberapa bulan selepas bernikah, ada saudara memberitahu, pernikahan saya tidak sah. Selepas disoal selidik, baru saya ketahui saya anak luar nikah yang diwalikan bapa. Ibu bapa saya marah kerana mahu merahsiakan perkara ini. 
Apakah yang harus saya lakukan? Adakah hubungan kami suami isteri dianggap zina? Adakah perkara ini perlu dirahsiakan daripada keluarga mentua? Jika mengandung, adakah anak itu juga dikira anak luar nikah? 

Malang,
Kuala Lumpur
 

JAWAPAN

Dalam hal ini, hubungan suami isteri ini bukan zina, tetapi shubhah saja. Selidiklah dulu, jika puan dilahirkan selepas enam bulan atau lebih emak dan bapa berkahwin, perkahwinan puan itu sah, walaupun puan anak luar nikah.

Sebaliknya, jika kurang, ikhtiarkan supaya puan dan suami diakad semula. Untuk mengelakkan tohmahan tidak baik, biarlah hal ini diselesaikan sesama keluarga puan saja tanpa perlu membabitkan saudara mara atau keluarga mentua.

Untuk mendapatkan kepastian ini, berdepanlah dengan ibu bapa secara baik dan terangkan mengapa perlunya puan tahu kedudukan sebenar.

Elakkan berlaku pertelingkahan antara puan dan ibu bapa kerana ia hanya akan memburukkan keadaan.
 

 

Balik

Hakcipta © demimasa.cjb.net  2000-2004